Timewise Moisture Renewing Softener



Saiz sebenar liang roma (pori) kita tidak berubah apabila kita semakin tua. Kita kata pori bertambah besar, sebenarnya ia hanya menjadi lebih ketara akibat pengenduran dinding pori.
Memang mustahil untuk mengecilkan saiz pori, namun anda boleh mengurangkan keketaraannya dengan TimeWise® Moisture Renewing Softener"

FAKTA: 
KULIT YANG DIHIDRATKAN DENGAN BAIK TAMPAK LEBIH MUDA KERANA KULIT YANG TERSEDUH DENGAN LEMBAPAN KURANG MENUNJUKKAN KEDUTAN DAN TAMPAK LEBIH TEGANG SERTA LICIN

BAGAIMANA IA BERTINDAK???
Pelembut ini dirumus khas untuk menjadikan kulit anda berasa lembut bak sutera, dihidratkan dan sedia menerima pelbagai faedah daripada setiap langkah yang berikutnya.

🌺Ia menyeduh kulit dengan lembapan. TimeWise® Moisture Renewing Softener mengandungi natrium hialuronat penggemar lembapan, satu humektan kuat yang bertindak seperti span pada kulit anda, membantu menarik lembapan supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan. Kulit akan segera dilembapkan dan membantu kulit kelihatan lebih licin, sihat dan mudah pulih.

🌺Ia membantu mengurangkan keketaraan pori.
TimeWise® Moisture Renewing Softener dirumus dengan mirtus komunis, sejenis ekstrak daripada pokok bunga mirtel, dan ekstrak biji lentil yang kedua-duanya dapat membantu menyokong matriks derma kulit. Tekstur kulit kelihatan halus serta dapat mengurangkan keketaraan pori dan garis-garis halus.

🌺Ia menjadikan kulit kelihatan lebih cerah.
Dirumus dengan Niasinamida, pelembut ini membelai dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, berkilau dengan seri wajah yang sihat. Niasinamida telah menunjukkan keupayaannya mengurangkan kesan kerosakan akibat dedahan kepada UV yang menyebabkan pigmentasi tidak sekata.

🌺Berdasarkan ujian in vitro

FAEDAH DAN PERAKUAN
Dalam satu kajian selama dua minggu*, sejumlah besar wanita bersetuju bahawa TimeWise® Moisture Renewing Softener meningkatkan hasil rejimen penjagaan kulit mereka. Di bawah ini adalah kenyataan mereka:

🌟90% mengatakan kulit mereka berasa lembut dan dihidratkan
🌟89% mengatakan ia membantu kulit mereka kelihatan lebih licin
🌟87% mengatakan kulit mereka berasa disuburkan
🌟83% mengatakan ia membantu menambah baik tekstur kulit
🌟77% mengatakan ia mengurangkan keketaraan pori
*Keputusan yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas selama dua minggu.

πŸ’“Sue Mary Kay Beauty Consultant
013-9414159

No comments:

Post a Comment

Kami Nak Bantu Jana Income Melebihi 4 Angka ! Klik Sini

Caranya ada di dalam video ni